Saturday, July 10, 2010

* 10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI *

1.Kamu kenal Allah s.w.t, tetapi kamu tidak menunaikan hak-nya.

2.Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya.

3.Kamu kata cinta kepada Rasulullah s.a.w, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya

4.Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.

5.Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya

6.Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.

7.Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk selepas kamu mati.

8.Kamu selalu sibuk dengan keaibban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri.

9.Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kam tidak bersyukur kepada-Nya

10.Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kami tidak mengambil pengajaran daripadanya.

p/s :semoga menjadi panduan kita bersama

anajundiyyat 110710

Wednesday, July 7, 2010

...... Bumi Akhir Usia .......

BUAT SAUDARA SEISLAMKU DIBUMI PALESTIN


Salamun Ala Falastin
Aku sering tertanya kemana hilangnya
erti cinta?
Kerna rakus manusia menyala sengketa
Peperangan pertelingkahan
meragut nyawa
Mengalir darah merah bagai tiada
hujungnya
Jeritan suara mereka insan bergelar
saudara kita
Hamba yang Esa bagaikan dilupa
segala tangis airmata
Derita jiwa anak kecil jua wanita
Kata-kata helah memecah belah
Keangkuhan sang pendusta memusnah
Mencipta fitnah bagai tak bersalah
Kaburi mata seluruh ummah
Bumiku di akhir usia
Bencana merata angkara tangan
manusia
Kita terleka cinta pada dunia
Berpesta berhibur umurmu tersia

Bumi di akhir usia
rebah tak berdaya
Sengketa yang membara memusnah
segala
Cinta dunia melanda
Insan terleka terlupa pada janji-janji
yang Esa

Tiap kali kubuka mata dimana saja
semua bersengketa
Nyawa tiada harga tertumpahnya darah
Kita makin leka
Bumi kini makin berbisa
Manusia kini tiada arah hidup bersahaja
Setiap hari kupasti kedengaran kisah
pertelingkahan
Jeritan pemuda bersenjata dalam berita
Derita jiwa yang tak berdosa
Kemana perginya impian ibubapa kita
yang hanya inginkan bumi sempurna?
Kini dihancur dengan fitnah ditenggelami
keangkuhan
Musnahnya kesedaran
Hidup seolah tak beragama kata helah
di akhir usia
Hamba yang Esa kini tak kisah
diselubungi dosa
Kupasti niatku ini akan kedengaran
Bersama-sama kita tegar untuk
mengubah cara
Masih belum terlewat masih belum tersia
Mari bersama-sama hapuskanlah derita


Bumi di akhir usia tak berdaya rebah
tak berdaya
Sengketa yang membara memusnah
segala
Cinta dunia melanda
Insan terleka terlupa pada janji-janji
yang Esa


Hadith
Akan sentiasa ada segolongan dari umatku
Yang menegakkan kebenaran dan berjuang
menentang musuh mereka
Barangsiapa yang cuba menghampakan
mereka tidak sekali-kali akan dapat
melukakan mereka
mahupun oleh kesusahan yang menimpa
mereka
Sehingga datang keputusan Allah dan
mereka berdoa akan tetap sedemikian
Maka sahabat bertanya:
"Ya Rasulallah dimanakah mereka ini?"
Baginda berkata:
"Mereka berada di Baitul
Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis."

(Hadith Riwayat At-Tabarani)



Album : Bumi Akhir Usia
Munsyid : Mirwana [Featuring DJ ERWAN & SHAZEE]
http://liriknasyid.com



ana_jundiyyat 080710

~pErJuAnGaAn SeRiKanDi iSLam~

assalamualaikum permula bicara....blog ini ana mulakan dng sebuah kehidupan seorang serikandi islam yang benar2 ingin melihat islam berdiri megah dibumi ini...

perjuangnya ana jadikan azimat buat dri ini menghadapi mehnah dan cubaan dlm menyebarkan dakwah dan kalam tentg islam...

Zainab Al-Ghazali

Ada sebuah kisah menarik yang pernah terjadi di suatu negeri pada tahun 1965. Peristiwa ini, bolehlah dijadikan pengajaran terutamanya untuk kaum muslimat. Di waktu itu, hiduplah seorang aktivis muslimah yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Namanya Zainab Al-Ghazali.

Dia adalah seorang da'ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.

Zainab Al-Ghazali memilih menjalani fasa-fasa penyiksaan.Beliau tidak berasa takut malah tidak merasa tergugat walaupom sedetik zarah dengan penyiksaan yg sebegitu dasyat...berbeza dng umat manusia pada zaman ini. Meremang bulu roma di saat ana mendengar kisahnya.Sedemikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar.Subhanallah..Ana ceritakan serba sedikit kisah seorang serikandi islam yang bernama

Zainab Al-Ghazali.

Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentera, tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, "Surat tugas yang mana, hai orang gila!(gelaran pihak tentera kepada

Zainab Al-Ghazali).

Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu." Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24.Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:

"Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, "Bismillah As-salamu'alaikum." Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan, "Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"

Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7)

Ini adalah peristiwa nyata yang terjadi semasa kekejaman pemerintahan. Peristiwa itu merupakan pertolongan yang diberikan Allah kepada Zainab Al-Ghazali, wanita muslimah tersebut. Mereka tidak berhenti melakukan penyiksaan kepada wanita muslimah ini. Hari demi hari berganti, bulan demi bulan teru berjalan dan tahun-tahun pun berganti. Namun, Zainab tetap terkurung didalam penjara dan menerima berbagai macam penyiksaan, tanpa kesalahan yang jelas.

Wahai saudaraku muslimah yang mulia dan di rahmati,bangunlah dari mimpi yang melalaikan,ini adalah realiti yang dialami oleh sebahagian saudarimu seaqidah yang tersebar di berbagai belahan bumi. Meski demikian, Zainab Al-Ghazali tetap bersabar dan mengharap pahala dari Allah, Dzat Yang Maha tinggi dan Maha kuasa. Ia selalu tegar kerana sangat yakin bahawa pertolongan Allah swt. pasti datang. Demikianlah, kekuatan iman itu dapat menimbulkan berbagai hal yang menakjubkan, sulit untuk dicerna oleh pemikiran manusia.Marcapada ini kita dapat melihat umat islam begitu rapuh dalam mempertahankan agama islam...sama2 lah kita fikirkan demi agama ISLAM.